CHINA
Seorang wanita warga emas berusia 95 tahun mengejutkan ramai pihak
apabila secara tiba-tiba ‘memanjat’ keluar dari kerandanya sendiri
selepas disahkan ‘mati’ selepas enam hari.
Li Xiufeng didapati
langsung tidak bergerak atau bernyawa ketika dijumpai di rumahnya
selepas dipercayai tersadung sehingga menyebabkan kepalanya tercedera
dua minggu lalu.
Anak lelaki nenek tua itu, Qingwang berusaha mengejutkan ibunya dari ‘tidur’ tetapi tiada tanda-tanda pergerakan diberikan oleh Xiufeng dan dianggap telah meninggal dunia.
Selepas Xiufeng ‘disahkan’ tidak lagi
bernyawa, Qingwang mengambil keputusan untuk melakukan persiapan upacara
pengebumian ibunya itu.
Bagi menghormati roh ibunya, Qingwang
telah menyimpan ‘mayat’ Xiufeng di dalam keranda yang diletakkan di
rumah mereka selama beberapa hari bagi membolehkan rakan-rakan dan
saudara-mara mereka memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.
Bagaimanapun,
sehari sebelum upacara pengebumian Xiufeng, seluruh ahli keluarga dan
orang-orang kampung terkejut apabila mendapati keranda milik warga tua
itu kosong.
“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.
“Kami begitu takut, dan dengan serta-merta meminta jiran untuk datang mendapatkan bantuan,” kata Qingwang dalam Daily Chilli.
Ekoran
dari kehilangan ‘mayat’ Xiufeng, penduduk kampung telah melakukan
gerakan bersama mencari dan menjejaki lokasi tubuh Xiufeng.
Namun, mereka sekali lagi terkejut apabila menemui Xiufeng sedang berdiri kukuh dan memasak di dapur dalam rumahnya.
“Saya
tidur untuk masa yang lama. Selepas bangun dari tidur, saya rasa begitu
lapar, dan ingin memasak sesuatu untuk dimakan,” kata Xiufeng selamba.
Ketika
tersedar dari ‘tidurnya’, Xiufeng berkata dia terpaksa mengambil masa
yang agak lama untuk membuka tudung kerandanya kerana keranda yang
didiaminya itu terlalu berat.
Perkara
pelik itu benar-benar memberikan tanda tanya kepada penduduk kampung
dan ahli keluarga warga tua itu selepas mendapati tubuh Xiufeng masih
lagi berada dalam keadaan panas meskipun telah ‘meninggal’ hampir selama
enam hari.